rampangi.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN RAMPANGI
SK RAMPANGI,JALAN SULTAN TENGAH,KUCHING, 93050 Kuching, Sarawak. Tel : 082-443004, Faks : 082-443004
e-mel : rampangi@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PANORAMA | AKTIVITI | BERITA TERKINI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | HAL EHWAL MURID | RUKUNEGARA | PIAGAM SEKOLAH | OBJEKTIF SEKOLAH | IKRAR PELAJAR | LAMAN UTAMA | MARQUEE | Untitled | Untitled | Untitled |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(PUAN FULIANAWATI ABDULLAH)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan seluruh warga SK Rampangi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah kami.

Semoga laman web ini akan dapat mengeratkan silaturahim serta hubungan harmoni dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Selain daripada memperolehi segala maklumat yang terpapar di dalam laman web sekolah kami, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan terus berjuang bagi memertabatkan kegemilangan sekolah sebagai institusi pendidikan.
Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa warga SK Rampangi sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan tersebut serta menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap dengan adanya laman web ini,kita sebagai salah sebuah intitusi pendidikan di Negara ini dapat mewujudkan jaringan maklumat untuk dikongsikan bersama-sama antara sekolah diseluruh Malaysia.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan menuju ke puncak Kejayaan di masa depan.
Sekian.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: