rampangi.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN RAMPANGI
SK RAMPANGI,JALAN SULTAN TENGAH,KUCHING, 93050 Kuching, Sarawak. Tel : 082-443004, Faks : 082-443004
e-mel : rampangi@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PANORAMA | AKTIVITI | BERITA TERKINI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | HAL EHWAL MURID | RUKUNEGARA | PIAGAM SEKOLAH | OBJEKTIF SEKOLAH | IKRAR PELAJAR | LAMAN UTAMA | MARQUEE | Untitled | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH



Bangunan pejabat sekolah

Apartmen Guru

          Pembinaan sekolah Kebangsaan Rampangi dimulakan dengan penyerahan tapak seluas 11.79 hektar oleh Jabatan Tanah dan Survey kepada Jabatan Pendidikan pada 18.08.1999.
Pada 25.11.1999 upacara perletakan batu asas dilakukan pada hari Khamis jam 2.30 petang oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Johari Tun Abang Hj. Openg, Menteri Pembangunan dan Perindusterian Sarawak pada ketika itu juga menteri yang bertanggungjawab terhadap Pendidikan Negeri Sarawak.
          Pembinaannya telah dimulakan pada penghujung tahun 1999 dan dijangkasiap sepenuhnya penghujung tahun 2000 danmula beroperasi pada 1 Januari 2001. Walaubagaimanapun hasrat untuk beroperasi tertangguh kerana terdapat beberapa masalah teknikal ( tanpa pagar dan parit / saliran masih dalam pembinaan ). Pada Januari 2001, Jabatan Pendidikan Sarawak telah menempatkan seorang Guru Besar, 21 orang guru, seorang kerani dan seorang Pembantu Rendah Awam. 

Bangunan kantin sekolah

Bangunan  sekolah

           Walaupun tidak dapat beroperasi, kakitangan sekolah hanya melakukan kerja-kerja pembersihan, menerima dan mengemaskini inventori peralatan/ perabot sekolah danmembuat projek keceriaan. Pada pertengahan tahun 2001, seramai 19 orang guru telah ditempatkan sementara ke Jabatan dan Sekolah-sekolah dalam daerah Kuching / Samarahan. 3 orang guru ditempatkan ke Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching / Samarahan dan selebihnya ditempatkan secara sementara di sekolah-sekolah kawasan 4, manakala 4 orang guru telah ditempatkan di SK. Mata Parang.

        Guru-guru kembali ke SK. Rampangi semula pada 1 Januari 2002 dan pada 4 Januari 2002, SK Rampangi dapat beroperasi sepenuhnya dengan bilangan murid seramai 511 orang. SK Rampangi telah didaftarkan pada 7 Januari 2002 dan pada 5 September 2002 secara rasminya penyerahan bangunan sekolah kepada Jabatan  Pendidikan oleh pihak pemaju.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: